Saturday, November 21, 2009

Aktiviti 8~~

Cadangan utk mengatasi kelemahan pengajaran-pengajaran subjek Sains, BM & Perdagangan

Individu:

  • Menggunakan kit pembelajaran
  • Menggunakan bahan maujud supaya suasana p&p lebih real
  • Pembelajaran secara kooperatif
  • Menggunakan peta konsep yg ringkas tp padat
  • Pembelajaran secara bimbingan rakan sebaya
Kumpulan:
  • Penggunaan ICT seperti video dan power point untuk memperkenalkan bahan maujud yang berkaitan dengan subjek yang akan diajar berikutan bahan maujud sukar diperolehi atau dibawa oleh guru.
  • Guru perlu membuat persediaan awal untuk mendapatkan dan menyediakan bahan maujud.
  • Menggunakan multimedia bagi mengatasi masalah kesukaran medapatkan dan membawa bahan maujud ke dalam kelas.
  • Guru boleh menggabungkan beberapa jenis bahan maujud dalam satu topik bagi meningkatkan lagi pemahaman pelajar.
Pasukan luar:
  • Melibatkan pelajar untuk turut serta mencari bahan-bahan maujud yang diperlukan.
  • Guru perlu menggunakan kreativiti mereka dengan mengubahsuai bahan maujud bagi meningkatkan lagi pemahaman dan minat pelajar dalam subjek yang diajar
  • Guru perlu sentiasa membuat amali kepada pelajar kerana amali sains sangat penting dalam pembelajaran Sains.
  • Guru perlu mempelbagaikan aktiviti BBM supaya pelajar dapat melibatkan diri dalam P&P.
  • Guru harus mencampurkan penggunaan buku teks dengan buku-buku lain atau dengan keratan akhbar, rencana dan majalah agar pelajar didedahkan dengan isu semasa.

Aktiviti 7~~

Kelemahan pengajaran-pengajaran subjek Sains, BM & Perdagangan
1. Pengalaman/refleksi secara individu:
  • Terdapat banyak konsep sains baru yg terpaksa dipelajari oleh murid
  • Guru hanya menggunakan buku teks semata-mata dlm p&p terutama subjek BM membuatkan pelajar bosan
  • Guru terlalu mengejar silibus membuat aktiviti p&p hanya tertumpu kpd lecture dan kurang aktiviti secara student centered

2. Pengalaman/ refleksi secara berkumpulan:

  • Kebanyakkan pelajar mengalami kesukaran untuk mengingat fakta dan teori-teori penting yang berkaitan dengan matapelajaran tersebut.
  • Pelajar-pelajar juga sukar mengaplikasikan konsep pengajaran dalam pembelajaran mereka mahupun dalam kehidupan harian.
  • Guru hanya mengadakan proses P&P di dalam kelas sahaja. Pelajar tidak dibawa untuk membuat aktiviti diluar kelas. Sebagai contohnya adalah lawatan sambil belajar.

3. Pengalaman/ refleksi dari luar kumpulan:

  • Guru tidak menyuruh pelajar membuat tugasan berkumpulan agar proses P&P lebih menarik.
  • Kefahaman pelajar tidak diuji secara betul dimana tiada pengukuran dibuat untuk mengujinya.
  • Antara kelemahan subjek perdagangan ialah isi pengajaran yang melibatkan banyak fakta yang perlu diingat dan dihafal oleh pelajar. Ini memberi sedikit kebosanan kepada pelajar untuk sentiasa mengingat nota- nota penting dalam menguasai toipk- topik yang dipelajari. Selain itu, para pelajar juga perlu sentiasa bersedia dan mahir dengan perkembangan/ isu semasa supaya tidak ketinggalan dan terbelakang dengan topik yang akan/ telah dipelajari.
  • Guru terlalu bergantung kepada buku teks sekolah berbanding buku-buku tambahan yang lain.

4. Literature review:

Aktiviti 6~~

Kekuatan pengajaran-pengajaran subjek Sains, BM & Perdagangan

1. Pengalaman/refleksi secara individu:

  • Sains: menarik & menyeronokkan jika guru pandai aplikasi/membuat demonstrasi ttg konsep sains dgn menggunakan cth yg real spt demo utk topic ketumpatan; dimana guru menggunakan telur yg diletakkan d dlm larutan garam & air biasa yg menunjukkan telur terapung dlm air garam krn ketumpatan yg rendah
  • Mudah diajar menggunakan bahan maujud kerana ia sgt berkait dgn kehidupan pelajar, cth: fotosintesis yg menggunakan daun hijau sbg cth pembelajaran
  • BM: menarik jika guru menggalakkan penglibatan pelajar yg lbh kreatif dlm p&p spt drama, berpantun, debat kerana pelajar tdk bosan membaca buku teks semata-mata
  • Perdagangan: guru menggunakan pelbagai jenis game di dalam p&p
    Mata pelajaran perdagangan diajar mengikut perkembangan semasa dan mempunyai hubung kait dengan aktiviti harian.

2. Pengalaman/ refleksi secara berkumpulan:

  • guru banyak mengaitkan teori pengajaran dgn kehidupan sebenar
  • guru banyak memberi latihan
  • banyak melakukan aktiviti amali & pengajaran di luar kelas

3. Pengalaman/ refleksi dari luar kumpulan:

  • Matapelajaran sains, BM dan perdagangan adalah penting kerana kedua-dua matapelajaran diaplikasikan dalam kehidupan seharian seseorang individu.
  • Sains, BM dan perdagangan merupakan matapelajaran yang diperlukan dari masa ke semasa.

4. Literature review:

Friday, November 20, 2009

Aktiviti 9

TAJUK: "Kit pembelajaran berasaskan bahan maujud dalam subjek sains, bahasa melayu dan perdagangan"

1. MATLAMAT KAJIAN:
  • Meningkatkan pemahaman pelajar dalam subjek sains, bahasa melayu dan perdagangan dengan menggunakan kit pembelajaran berasaskan bahan maujud.

2. OBJEKTIF KAJIAN:
  • Menilai keberkesanan penggunaan kit pembelajaran berasaskan bahan maujud dalam meningkatkan pemahaman pelajar untuk subjek sains, bahasa melayu dan perdagangan.

3. PERSOALAN KAJIAN:
  • Adakah penggunaan kit pembelajaran berasaskan bahan maujud dapat meningkatkan pemahaman pelajar dalam subjek sains, bahasa melayu dan perdagangan?
  • Bagaimanakah pemahaman pelajar dalam subjek sains, bahasa melayu dan perdagangan boleh ditingkatkan dengan menggunakan kit pembelajaran berasaskan bahan maujud?
senyum selalu~~

Aktiviti 3: Tugasan 3-Kolokium

Tajuk 1:

"Meningkatkan keyakinan pelajar bermasalah pendengaran untuk berkomunikasi secara lisan dengan menggunakan kaedah "verbal repeatition" dalam P&P"


Pada pendapat saya, tajuk ini tidak sesuai dilakukan terhadap pelajar bermasalah pendengaran kerana kebanyakan pelajar ini tidak mampu untuk mengeluarkan suara atau berkomunikasi lisan secara jelas dan mereka lebih banyak menggunakan bahasa isyarat.

Ini kerana, pelajar bermasalah pendengaran menggunakan model pembelajaran secara visual iaitu mereka belajar dari pemerhatian, mengingat gambar, membaca daripada dibacakan (mendengar) atau dengan erti kata lainnya mereka mengingat apa yang dilihat. oleh itu mereka lebih sesuai menggunakan pendekatan gambar, diagram, kod berwarna warni, bahasa gambar, ikon, dan simbol bergambar untuk mewakili konsep kata kunci.

Dengan melihat kepada objektif kajian iaitu untuk meningkatkan keyakinan dan motivasi pelajar bermasalah pendengaran, dan meningkatkan komunikasi dan menjadikan mereka lebih aktif di dalam kelas, saya rasa dan cadangkan terdapat cara lain yang lebih mudah iaitu seperti menggunakan gambar dan peta minda atau simbol bergambar yang diadaptasikan di dalam pembelajaran secara kooperatif serta bimbingan rakan sebaya.

Dengan cara ini, mereka boleh meningkatkan komunikasi dan keyakinan diri dengan bantuan rakan sebaya di dalam kumpulan yang sama. Dengan itu mereka akan lebih mudah faham dan lebih aktif didalam kelas.


Tajuk 2:

"Meningkatkan minat pelajar tingkatan 3 dan 4 dalam pendidikan kesihatan melalui pembeljaran kooperatif"'

Pada pendapat saya, kajian ini sesuai dengan maksud kajian tindakan kerana terdapat aktiviti penambahbaikkan dengan melihat kepada penglibatan pelajar secara aktif dan pertambahan idea yang bernas.

Guru mendapati pelajar lebih berminat untuk belajar pendidikan kesihatan apabila menggunakan kaedah pembelajaran kooperatif. Dengan itu guru dapat membuat refleksi dan penambahbaikkan cara pengajaran dengan menggunakan pendekatan kooperatif di masa akan datang untuk meningkatkan prestasi pelajar.

Kaedah yang digunakan juga memenuhi ciri-ciri kajian tindakan iaitu merancang, bertindak, melakukan pemerhatian bagi menilai keberkesanan kaedah dan refleksi untuk melihat kekuatan dan kelemahan proses P&P dengan melakukan sebanyak 4 kitaran.

senyum selalu~~

TUGASAN 2: ULASAN JURNAL~~

Jurnal 3

Title: An Action Research Study of Student Self-Assesment in Higher Education

By: Tamara M. Welser


Kajian ini mengkaji mengenai penilaian kendiri pelajar dalam 2 subjek iaitu untuk subjek "sosial, sekolah dan masyarakat" dan subjek "teknologi untuk pentadbiran sekolah". hasil kajian ini menyatakan bahawa latihan penilaian kendiri ini memberi peluang kepada pelajar untuk membuat refleksi terhadap mata pelajaran dan prestasi, disamping dapat mengawal dan memantau kemajuan diri sendiri. Penilaian kendiri juga dapat memberi motivasi kepada pelajar. Selain itu, ia juga memberi faedah kepada instruktor (guru) dimana instuctor dapat membuat penambahbaikkan kepada kaedah P&P dan juga hubungan dengan pelajar daripada feedback kajian.

TUGASAN 2: ULASAN JURNAL~~

JURNAL 2

Tajuk: "Stimulating Creative Play in Children with Autism through Sand play"

oleh: Lucy Lu et al.
sumber: Scopus


Pernyataan masalah:

  1. Bagaimanakah sandplay boleh diadaptasi sebagai semi-structured creative intervention untuk membantu perkembangan kemahiran kanak-kanak Autism di dalam komunikasi, interaksi social dan perkaitan simbolik?
  2. Bagaimanakah kanak-kanak Autism yang berlainan aras bertindakbalas dengan intervention sandplay?

Sampel dan setting kajian:

  • 25 orang murid sebuah sekolah rendah (Montreal, Canada) dijadikan sampel
  • 4 kelas pendidikan khas yang berbeza dipilih
  • Peserta terdiri daripada guru dan psikologist juga kanak-kanak Autism
  • 1kelas: 6-7 orang kanak-kanak Autism, seorang guru, seorang pendidik keperluan khas dan seorang doctor pelatih pendidikan khas
  • Kanak-kanak Autism berumur antara 7-12 tahun: 23 orang lelaki dan 2 orang perempuan
  • Dijalankan sekali seminggu untuk 10 minggu

Prosedur dan pengumpulan data:

  • Data kualitatif dikutip selepas setiap sesi selesai
  • Grid pemerhatian berdasarkan perkembangan aras simbolik (Greenspan)
  • Pada akhir sesi, beberapa gambar sandtrays diambil
  • Guru akan menjawab questionnaire tentang jangkaan program dan pemerhatian tentang kebolehan simbolik kanak-kanak ini sebelum cukup 10 minggu
  • 2 orang ahli terapi akan bertemu dengan guru pada permulaan, pertengahan dan di akhir program untuk mendapatkan maklumbalas, berkongsi pemerhatian dan berbincang tentang program
  • Focus group dibentuk pada akhir program untuk refleksi

Data analisis:

• Data diambil daripada pemerhatian grids, gambar sandtrays dan pemerhatian guru


Kesimpulan:

Sandplay dilihat membentuk potensi kanak-kanak Autism dalam membentuk struktur dalam ruang kreatif yang bebas dan tidak berfokus untuk perkembangan kemahiran komunikasi, interaksi social dan pengolahan simbolik mereka

Friday, November 13, 2009

TUGASAN 2: ULASAN JURNAL~~


JURNAL 1

Tajuk: "Preparing teachers to make the formative assesment process integral to science teaching and learning"

Oleh: Gayle A. Buck. Amy E.Trauth-Nare

Sumber: Scopus

Pernyataan Masalah:

Bagaimanakah guru dapat memperbaiki aktiviti pengajaran melalui penilaian formatif dan bagaimanakah hasil daripada pemahaman ini dapat menambahbaik amalan dalam pengajaran guru?


Sampel dan Setting Kajian:

  • Sek. pertengahan di Midwestern V.S
  • Pelajar gred 6: life, physical and chemical science
  • Kumpulan penyelidikan kooperatif: 2orang pendidik guru dan guru sains grade 6 yang berpengalaman lebih 3tahun dalam kelas


Prosedur dan data collection:

  • perjumpaan secara kerap dan kolaborat dengan guru semasa membuat penilaian formatif
  • sumber data dari
  1. planning sessions
  2. lesson plans
  3. interview guru dan pelajar
  4. pemerhatian dalam kelas
  5. kerja-kerja pelajar
  6. pre dan post-project (soalan bertulis kepada guru)


Data Analisis:

  • Menggunakan dua pendekatan iaitu direct intepretation dan categorical aggregation (Stake, 1995)
  • peer debriefing- mengkritik-representing-checking- disemak


kesimpulan:
guru dapat memperbaiki aktiviti pengajaran melalui penilaian formatif dengan:

  1. mengetahui bahawa amalan penilaian adalah berlandaskan kepada perkembangan kontekstual pelajar itu sendiri
  2. mengekalkan isi kandungan pengajaran yang standard
  3. ketidakpercayaan pelajar kepada proses penilaian yang dijalankan guru


senyum selalu~~

Thursday, November 12, 2009

Aktiviti 5

Mengapa Guru Novis Perlu melakukan Kajian Tindakan?

Definisi Guru Novis:

Guru novis ialah guru baru yang terlatih dan mula berkhidmat di antara 1 hingga 3 tahun, dalam tempoh percubaan dan belum disahkan lagi dalam jawatan. Guru Novis juga dipanggil sebagai guru sandaran terlatih (GST), iaitu nama jawatan yang dipegang oleh guru yang telah tamat menjalani latihan keguruan yang telah ditempatkan di sekolah.

Sebab Guru Novis perlu melakukan kajian tindakan:
  1. Guru dapat meningkatkan penggunaan BBM dengan lebih efektif.
  2. Guru dapat mengenalpasti amalan pelajar, cara pembelajaran, sikap pelajar dan suasana kelas.
  3. Guru dapat mengamalkan konsep pembelajaran seumur hidup, membuat penyelidikan pendidikan dan melakukan perubahan dan mengaktifkan penglibatan diri dalam dunia pendidikan.
  4. Guru dapat mengenalpasti kaedah yang berkesan untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).
  5. Guru dapat bertingkahlaku professional mengikut etika perguruan dan membuat refleksi kendiri terhadap prestasi pengajaran

Sebab mengapa kami ingin melakukan tajuk mini kajian tindakan ini:

"kit pembelajaran berasakan bahan maujud dalam pengajaran dan pembelajaran subjek sains, bahasa melayu dan perdagangan" kerana:

  1. Kit pembelajaran berasaskan bahan maujud dalam P&P memudahkan lagi pemahaman pelajar kerana bahan-bahan yang digunakan lebih mesra pelajar dan realistik.
  2. Oleh itu pelajar dapat belajar secara "pembelajaran melalui pengalaman". Ini kerana bahan maujud adalah bahan yang terdapat di sekeliling mereka dan mereka mudah memahami jika bahan itu dijadikan sebagai contoh dalam P & P.
  3. Guru dapat mempelbagaikan teknik pengajaran sekaligus meningkatkan daya kreativiti.
  4. Menimbulkan minat pelajar untuk mendalami subjek yang diajar oleh guru.
  5. Meningkatkan suasana P&P yang efektif dan tidak membosankan.

senyum selalu~~

Aktiviti 4: Cadangan tajuk mini kajian

Setelah berbincang,kami bersetuju memilih tajuk untuk mini kajian kami iaitu

" KIT PEMBELAJARAN BERASASKAN BAHAN MAUJUD DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN".

Peserta kajian: Pelajar/rakan sekelas yang diumpamakan sebagai pelajar di sekolah yang sebenar

Dimana setting kajian: Kelas pengajaran makro&mikro Sains (En. Zolkepeli)

Ahli kumpulan: NORLATIFAH BT OMAR, NORLIDA BT HASHIM & NORMAIZA BT RAHMAN

Monday, November 9, 2009

REKA BENTUK KAJIAN TINDAKAN



Model Lingkaran Kemmis dan Mc.Taggart (1988)

Model ini merupakan model yang paling ringkas. Menurut model ini kajian tindakan bergerak dalam satu kitaran yang melibatkan empat peringkat iaitu:

1. Merancang - merancang tindakan bagi mengatasi masalah yang telah dikenalpasti

2. Bertindak - melaksanakan tindakan

3. Memerhati - mengumpul dan menganalisis data bagi menilai keberkesanan

4. Mereflek - muhasabah atau mereflek diri bagi melihat kekuatan dan kelemahan proses pengajaran dan pembelajaran, diri sendiri dan dapatan ujian.

Setelah melakukan refleksi di gelung pertama, ia membolehkan penambahbaikan dibuat pada
gelung kedua. Ia dilakukan mengikut urutan yang sama seperti pada gelung pertama.

SENYUM SELALU~~

Saturday, November 7, 2009

Aktiviti 1: Tugasan 1 Buku

APAKAH ITU KAJIAN TINDAKAN?


Kajian tindakan sebagai satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubahnya. Ianya melibatkan guru dalam inkuiri yang dijalankan oleh mereka serta melibatkan guru-guru lain secara bersama.

Aktiviti 1: Tugasan 1 Buku (BERKUMPULAN)

APAKAH ITU KAJIAN TINDAKAN?

Di dalam buku Action Research in Teaching and Learning (oleh: L. S. Norton 2009):

"Suatu kajian yang bersifat penyelidikan secara self reflective yang dilakukan dalam situasi sosial untuk meningkatkan kewajaran dan keadilan amalan mereka sendiri, pemahaman dan situasi di mana amalan itu dilakukan" (Carr & Kemmis, 1986)

Buku ini turut menyatakan 7 ciri-ciri yang terdapat di dalam kajian tindakan:

by Kamber (2000)
  1. Amalan sosial
  2. Objektif ke arah penambahbaikkan
  3. Berkitar
  4. Penyelidikan yang sistematik
  5. Reflektif
  6. Participative
  7. Masalah dikenalpasti oleh peyelidik itu sendiri

senyum selalu