Friday, December 11, 2009

AKTIVITI 12: Pemurniaan Kajian Tindakan

TAJUK: "Kit pembelajaran berasaskan bahan maujud dalam P&P"
TUJUAN KAJIAN:
Meningkatkan pemahaman pelajar dalam subjek Sains, Bahasa Melayu danPerdagangan melalui penggunaan kit pembelajaran berasaskan bahan maujud.
OBKEJTIF KAJIAN:
  1. Meneroka sejauhmana penggunaan kit pembelajaran berasaskan bahan maujuddapat meningkatkan pemahaman pelajar dalam subjek Sains, Bahasa Melayu danPerdagangan .
  2. Menilai tahap pemahaman pelajar terhadap penggunaan bahan maujud dalamproses P&P.
PERNYATAAN MASALAH:
  1. Adakah penggunaan kit pembelajaran berasaskan bahan maujud dapatmeningkatkan pemahaman pelajar dalam subjek Sains, Bahasa Melayu danPerdagangan?
  2. Bagaimanakah pemahaman pelajar boleh dipertingkatkan melalui penggunaaan kitpembelajaran berasaskan bahan maujud?
SENYUM SELALU~~

AKTIVITI 13

Apakah teori-teori, strategi, kaedah yang boleh diguna/diadaptasi bagi setiap masalah?
Teori Konstruktivisme

Bahan maujud merupakan bahan/benda sedia ada di persekitaran manusia seperti batu, kayu, buah-buahan sebagai salah satu cara yang digunakan bagi meningkatkan pemahaman pelajar dalam aktiviti pembelajaran mereka.
Berdasarkan kepada pernyataan masalah tajuk mini kajian tindakan kumpulan kami:
  1. Adakah penggunaan kit pembelajaran berasaskan bahan maujud dapat meningkatkan pemahaman pelajar dalam subjek Sains, Bahasa Melayu dan Perdagangan?
  2. Bagaimanakah pemahaman pelajar boleh dipertingkatkan melalui penggunaaan kitpembelajaran berasaskan bahan maujud?
  • Ianya bersesuaian dengan teori konstruktivisme yang bermaksud satu proses membuat analisis dan menilai maklumat baru diterima berdasarkan pengetahuan sedia ada dan menggunakan pengalaman individu untuk menjana suatu maklumat baru.
  • Pengetahuan sedia ada disini bermaksud, pelajar sudah biasa terdedah dengan bahan-bahan maujud di sekeliling mereka. Jadi, tugas guru ialah menyediakan kit pembelajaran berasaskan bahan maujud kepada pelajar bagi meningkatkan lagi pemahaman pelajar dalam proses pembelajaran mereka. Melalui kit tersebut pelajar secara tidak langsung dapat menjana satu maklumat baru.
  • Dalam teori konstuktivisme ini juga terdapat ciri belajar dan pembelajaran yang memanfaatkan berbagai media bagi menjadikan pembelajaran lebih efektif kepada pelajar. Oleh itu, penggunaan kit berasaskan bahan maujud ini merupakan salah satu cara yang digunakan oleh guru dengan mempelbagaikan media/bahan untuk melihat keberkesanan pembelajaran ke atas pelajar.

Terdapat beberapa prinsip dalam teori konstruktivisme iaitu:

  1. Pengetahuan dibina pelajar
  2. Pemahaman dibentuk melalui analisis dan sintesis pengalaman lalu.
  3. Aktiviti pembelajaran menggabungkan 3 domain iaitu kognitif, afektif dan psikomotor.Refleksi membantu membentuk pengetahuan dan pemahaman.
  4. Pelajar berperanan menentukan pembelajaran sendiri.
  5. Hasilan pembelajaran adalah pelbagai dan sukar hendak dijangka
  6. menggalak pelajar berfikir dan mencuba idea baru
  7. Menyokong dan mencabar pemikiran seseorang pelajar

STRATEGI:

Strategi pemusatan bahan

  • Bahan pembelajaran memainkan peranan penting. Pergantungan kepada bahan untuk mencapai objektif pengajaran.
  • Komunikasi/interaksi berlaku antara guru/bahan atau pelajar/bahan pembelajaran.
  • Kecekapan/kemahiran penggunaan bahan pengajaran-pembelajaran diutamakan.
  • Penekanan kepada jasmani, rohani, dan kognitif. Pelajar dilatih dalam kemahiran, kefahaman dan berdikari.
  • Pengajaran bermakna, menarik dan berkesan.
  • Peluang interaksi antara pelajar banyak. Sifat sosial yang positif dapat dipupuk melalui kaedah kumpulan kecil – ujikaji, projek, perbincangan dan sebagainya.
  • Pengetahuan abstrak dapat dijadikan konkrit dengan adanya bahan-bahan pembelajaran.

senyum selalu~~

Friday, December 4, 2009

AKTIVITI 11: TUGASAN 2: JURNAL~~

Pernyataan masalah berdasarkan jurnal

Jurnal 1:

Tajuk: "Preparing teachers to make the formative assesment process integral to science teaching and learning"
Oleh: Gayle A. Buck. Amy E.Trauth-Nare
Sumber: Scopus

Kajian ini membincangkan tentang permasalahan bagaimanakah guru yg mengajar gred 6 di sebuah Sek. pertengahan di Midwestern V.S dapat memperbaiki aktiviti pengajaran melalui penilaian formatif dan bagaimanakah hasil daripada pemahaman ini dapat menambahbaik amalan dalam pengajaran guru dan meningkatkan prestasi pelajar di dalam subjek life, physical and chemical science.
JURNAL 2

Tajuk: "Stimulating Creative Play in Children with Autism through Sand play"
oleh: Lucy Lu et al.
sumber: Scopus

Pernyataan masalah:

  1. Bagaimanakah sandplay boleh diadaptasi sebagai semi-structured creative intervention untuk membantu perkembangan kemahiran kanak-kanak Autism di dalam komunikasi, interaksi social dan perkaitan simbolik?
  2. Bagaimanakah kanak-kanak Autism yang berlainan aras bertindakbalas dengan intervention sandplay?

AKTIVITI 10: TUGASAN I: BUKU~~

MENGENALPASTI MASALAH KAJIAN BERDASARKAN BUKU

Title: "Action research in teaching & learning: A practical guide to conducting pedagogical research in universities"
By: Lin. S. Norton
Secara umumnya, buku ini menyenaraikan beberapa persoalan yang paling penting bagi tujuan mengenalpasti masalah kajian:
  1. apakah maklumat yg kita ada & telah sedia ada ttg sesuatu permasalahan/isu itu?
  2. apakah maklumat yg kita tidak tahu ttg permasalahan/isu itu?
  3. apakah masalah atau kekurangan yg terdapat pada suatu isu/area/kaedah/cara itu sebelum ini?
  4. bagaimana kita mahu menjalankan kajian dgn hanya berbekalkan maklumat yg ada ini

tugasan 1: ulasan buku~~

Check out this SlideShare Presentation: