Friday, December 11, 2009

AKTIVITI 12: Pemurniaan Kajian Tindakan

TAJUK: "Kit pembelajaran berasaskan bahan maujud dalam P&P"
TUJUAN KAJIAN:
Meningkatkan pemahaman pelajar dalam subjek Sains, Bahasa Melayu danPerdagangan melalui penggunaan kit pembelajaran berasaskan bahan maujud.
OBKEJTIF KAJIAN:
  1. Meneroka sejauhmana penggunaan kit pembelajaran berasaskan bahan maujuddapat meningkatkan pemahaman pelajar dalam subjek Sains, Bahasa Melayu danPerdagangan .
  2. Menilai tahap pemahaman pelajar terhadap penggunaan bahan maujud dalamproses P&P.
PERNYATAAN MASALAH:
  1. Adakah penggunaan kit pembelajaran berasaskan bahan maujud dapatmeningkatkan pemahaman pelajar dalam subjek Sains, Bahasa Melayu danPerdagangan?
  2. Bagaimanakah pemahaman pelajar boleh dipertingkatkan melalui penggunaaan kitpembelajaran berasaskan bahan maujud?
SENYUM SELALU~~

AKTIVITI 13

Apakah teori-teori, strategi, kaedah yang boleh diguna/diadaptasi bagi setiap masalah?
Teori Konstruktivisme

Bahan maujud merupakan bahan/benda sedia ada di persekitaran manusia seperti batu, kayu, buah-buahan sebagai salah satu cara yang digunakan bagi meningkatkan pemahaman pelajar dalam aktiviti pembelajaran mereka.
Berdasarkan kepada pernyataan masalah tajuk mini kajian tindakan kumpulan kami:
  1. Adakah penggunaan kit pembelajaran berasaskan bahan maujud dapat meningkatkan pemahaman pelajar dalam subjek Sains, Bahasa Melayu dan Perdagangan?
  2. Bagaimanakah pemahaman pelajar boleh dipertingkatkan melalui penggunaaan kitpembelajaran berasaskan bahan maujud?
  • Ianya bersesuaian dengan teori konstruktivisme yang bermaksud satu proses membuat analisis dan menilai maklumat baru diterima berdasarkan pengetahuan sedia ada dan menggunakan pengalaman individu untuk menjana suatu maklumat baru.
  • Pengetahuan sedia ada disini bermaksud, pelajar sudah biasa terdedah dengan bahan-bahan maujud di sekeliling mereka. Jadi, tugas guru ialah menyediakan kit pembelajaran berasaskan bahan maujud kepada pelajar bagi meningkatkan lagi pemahaman pelajar dalam proses pembelajaran mereka. Melalui kit tersebut pelajar secara tidak langsung dapat menjana satu maklumat baru.
  • Dalam teori konstuktivisme ini juga terdapat ciri belajar dan pembelajaran yang memanfaatkan berbagai media bagi menjadikan pembelajaran lebih efektif kepada pelajar. Oleh itu, penggunaan kit berasaskan bahan maujud ini merupakan salah satu cara yang digunakan oleh guru dengan mempelbagaikan media/bahan untuk melihat keberkesanan pembelajaran ke atas pelajar.

Terdapat beberapa prinsip dalam teori konstruktivisme iaitu:

  1. Pengetahuan dibina pelajar
  2. Pemahaman dibentuk melalui analisis dan sintesis pengalaman lalu.
  3. Aktiviti pembelajaran menggabungkan 3 domain iaitu kognitif, afektif dan psikomotor.Refleksi membantu membentuk pengetahuan dan pemahaman.
  4. Pelajar berperanan menentukan pembelajaran sendiri.
  5. Hasilan pembelajaran adalah pelbagai dan sukar hendak dijangka
  6. menggalak pelajar berfikir dan mencuba idea baru
  7. Menyokong dan mencabar pemikiran seseorang pelajar

STRATEGI:

Strategi pemusatan bahan

  • Bahan pembelajaran memainkan peranan penting. Pergantungan kepada bahan untuk mencapai objektif pengajaran.
  • Komunikasi/interaksi berlaku antara guru/bahan atau pelajar/bahan pembelajaran.
  • Kecekapan/kemahiran penggunaan bahan pengajaran-pembelajaran diutamakan.
  • Penekanan kepada jasmani, rohani, dan kognitif. Pelajar dilatih dalam kemahiran, kefahaman dan berdikari.
  • Pengajaran bermakna, menarik dan berkesan.
  • Peluang interaksi antara pelajar banyak. Sifat sosial yang positif dapat dipupuk melalui kaedah kumpulan kecil – ujikaji, projek, perbincangan dan sebagainya.
  • Pengetahuan abstrak dapat dijadikan konkrit dengan adanya bahan-bahan pembelajaran.

senyum selalu~~

Friday, December 4, 2009

AKTIVITI 11: TUGASAN 2: JURNAL~~

Pernyataan masalah berdasarkan jurnal

Jurnal 1:

Tajuk: "Preparing teachers to make the formative assesment process integral to science teaching and learning"
Oleh: Gayle A. Buck. Amy E.Trauth-Nare
Sumber: Scopus

Kajian ini membincangkan tentang permasalahan bagaimanakah guru yg mengajar gred 6 di sebuah Sek. pertengahan di Midwestern V.S dapat memperbaiki aktiviti pengajaran melalui penilaian formatif dan bagaimanakah hasil daripada pemahaman ini dapat menambahbaik amalan dalam pengajaran guru dan meningkatkan prestasi pelajar di dalam subjek life, physical and chemical science.
JURNAL 2

Tajuk: "Stimulating Creative Play in Children with Autism through Sand play"
oleh: Lucy Lu et al.
sumber: Scopus

Pernyataan masalah:

  1. Bagaimanakah sandplay boleh diadaptasi sebagai semi-structured creative intervention untuk membantu perkembangan kemahiran kanak-kanak Autism di dalam komunikasi, interaksi social dan perkaitan simbolik?
  2. Bagaimanakah kanak-kanak Autism yang berlainan aras bertindakbalas dengan intervention sandplay?

AKTIVITI 10: TUGASAN I: BUKU~~

MENGENALPASTI MASALAH KAJIAN BERDASARKAN BUKU

Title: "Action research in teaching & learning: A practical guide to conducting pedagogical research in universities"
By: Lin. S. Norton
Secara umumnya, buku ini menyenaraikan beberapa persoalan yang paling penting bagi tujuan mengenalpasti masalah kajian:
  1. apakah maklumat yg kita ada & telah sedia ada ttg sesuatu permasalahan/isu itu?
  2. apakah maklumat yg kita tidak tahu ttg permasalahan/isu itu?
  3. apakah masalah atau kekurangan yg terdapat pada suatu isu/area/kaedah/cara itu sebelum ini?
  4. bagaimana kita mahu menjalankan kajian dgn hanya berbekalkan maklumat yg ada ini

tugasan 1: ulasan buku~~

Check out this SlideShare Presentation:

Saturday, November 21, 2009

Aktiviti 8~~

Cadangan utk mengatasi kelemahan pengajaran-pengajaran subjek Sains, BM & Perdagangan

Individu:

  • Menggunakan kit pembelajaran
  • Menggunakan bahan maujud supaya suasana p&p lebih real
  • Pembelajaran secara kooperatif
  • Menggunakan peta konsep yg ringkas tp padat
  • Pembelajaran secara bimbingan rakan sebaya
Kumpulan:
  • Penggunaan ICT seperti video dan power point untuk memperkenalkan bahan maujud yang berkaitan dengan subjek yang akan diajar berikutan bahan maujud sukar diperolehi atau dibawa oleh guru.
  • Guru perlu membuat persediaan awal untuk mendapatkan dan menyediakan bahan maujud.
  • Menggunakan multimedia bagi mengatasi masalah kesukaran medapatkan dan membawa bahan maujud ke dalam kelas.
  • Guru boleh menggabungkan beberapa jenis bahan maujud dalam satu topik bagi meningkatkan lagi pemahaman pelajar.
Pasukan luar:
  • Melibatkan pelajar untuk turut serta mencari bahan-bahan maujud yang diperlukan.
  • Guru perlu menggunakan kreativiti mereka dengan mengubahsuai bahan maujud bagi meningkatkan lagi pemahaman dan minat pelajar dalam subjek yang diajar
  • Guru perlu sentiasa membuat amali kepada pelajar kerana amali sains sangat penting dalam pembelajaran Sains.
  • Guru perlu mempelbagaikan aktiviti BBM supaya pelajar dapat melibatkan diri dalam P&P.
  • Guru harus mencampurkan penggunaan buku teks dengan buku-buku lain atau dengan keratan akhbar, rencana dan majalah agar pelajar didedahkan dengan isu semasa.

Aktiviti 7~~

Kelemahan pengajaran-pengajaran subjek Sains, BM & Perdagangan
1. Pengalaman/refleksi secara individu:
  • Terdapat banyak konsep sains baru yg terpaksa dipelajari oleh murid
  • Guru hanya menggunakan buku teks semata-mata dlm p&p terutama subjek BM membuatkan pelajar bosan
  • Guru terlalu mengejar silibus membuat aktiviti p&p hanya tertumpu kpd lecture dan kurang aktiviti secara student centered

2. Pengalaman/ refleksi secara berkumpulan:

  • Kebanyakkan pelajar mengalami kesukaran untuk mengingat fakta dan teori-teori penting yang berkaitan dengan matapelajaran tersebut.
  • Pelajar-pelajar juga sukar mengaplikasikan konsep pengajaran dalam pembelajaran mereka mahupun dalam kehidupan harian.
  • Guru hanya mengadakan proses P&P di dalam kelas sahaja. Pelajar tidak dibawa untuk membuat aktiviti diluar kelas. Sebagai contohnya adalah lawatan sambil belajar.

3. Pengalaman/ refleksi dari luar kumpulan:

  • Guru tidak menyuruh pelajar membuat tugasan berkumpulan agar proses P&P lebih menarik.
  • Kefahaman pelajar tidak diuji secara betul dimana tiada pengukuran dibuat untuk mengujinya.
  • Antara kelemahan subjek perdagangan ialah isi pengajaran yang melibatkan banyak fakta yang perlu diingat dan dihafal oleh pelajar. Ini memberi sedikit kebosanan kepada pelajar untuk sentiasa mengingat nota- nota penting dalam menguasai toipk- topik yang dipelajari. Selain itu, para pelajar juga perlu sentiasa bersedia dan mahir dengan perkembangan/ isu semasa supaya tidak ketinggalan dan terbelakang dengan topik yang akan/ telah dipelajari.
  • Guru terlalu bergantung kepada buku teks sekolah berbanding buku-buku tambahan yang lain.

4. Literature review: