Saturday, October 31, 2009

Tugasan 3~ULASAN KOLOKIUM DPLI_UKM 2009~


PEMBENTANGAN KEDUA

Tajuk: "Meningkatkan Minat Pelajar Tingkatan 3 Dan 4 Dalam Pendidikan Kesihatan Melalui Pembelajaran Koperatif"

Oleh: Nurwahidah Zolkiflee Dan Noor Iezura Ab. Aziz

Pernyataan Masalah

· Adakah pendekatan pembelajaran koperatif dapat menarik minat pelajar perempuan tingkatan 3 dan 4 dalam Pendidikan Kesihatan?

· Adakah pendekatan pembelajaran koperatif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan dapat meningkatkan keyakinan diri pelajar?

· Adakah kaedah pembelajaran koperatif juga dapat menggalakkan pelajar berfikiran kreatif dan kritis semasa menyelesaikan masalah?

Metodologi, Setting Kajian, Sampel Kajian

  • SMK Seri Permaisuri, Bandar Sri Permaisuri
  • Sampel: 25-35 pelajar perempuan
  • Kaedah pembelajaran koperatif (70 minit/sesi)
  • 4 kitaran (8 sesi)
  • Kaedah pemerhatian dicatatkan dalam RPH (bahagian refleksi) dan rakaman gambar pelajar
  • Kaedah temubual terdiri daripada soalan berstruktur dan tidak berstruktur

Pengumpulan Dan Penganalisisan Data

Pengumpulan dan penganalisisan data dilakukan melalui kaedah pemerhatian yang dicatat dalam RPH, kaedah temubual iaitu menggunakan soalan struktur dan soalan tidak berstruktur, kaedah kerja kumpulan serta kaedah refleksi dan penilaian.

Implikasi Kajian

· Pertambahan minat pelajar dapat dilihat melalui penglibatan pelajar yang semakin aktif dan tindak balas yang positif (seperti raut wajah pelajar).

· Melalui hasil kerja kumpulan didapati tahap penglibatan pelajar semakin memuaskan iaitu terdapat banyak idea yang bernas dan persembahan yang semakin menarik dibentangkan

Ulasan Dan Rumusan

Kesimpulannya, daripada kajian ini saya dapati kaedah pembelajaran koperatif ini perlu diteruskan untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran kerana kaedah ini dapat meningkatkan minat pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan serta meningkatkan keyakinan diri pelajar sewaktu pembentangan kumpulan dijalankan. Pendekatan ini juga dapat menggalakkan pelajar berfikiran kreatif dan kritis dengan melihat hasil kerja kumpulan yang semakin memuaskan. Tetapi harus diingat, guru-guru perlulah mahir dalam mengendalikan kaedah pembelajaran kooperatif ini bagi mengelakkan kegagalan objektif pembelajaran dicapai. Banyak faktor-faktor dilihat dapat menjadi penghalang pembelajaran kooperatif ini dijalankan seperti faktor masa, ruang, tempat, tahap pelajar dan lain-lain lagi. Selain daripada masalah-masalah ini, saya dapati kaedah pembelajaran kooperatif ini sangat efektif dimana “banyak kepala lebih baik daripada satu kepala”.

~~senyum selalu

Friday, October 30, 2009

~ULASAN KOLOKIUM DPLI_UKM 2009~

*PEMBENTANGAN PERTAMA

Tajuk:
Meningkatkan Keyakinan Pelajar Bermasalah Pendengaran Untuk Berkomunikasi Secara Lisan Dengan Menggunakan Kaedah "Verbal Repeatition" Dalam Proses Pembelajaran Dan Pengajaran (P&P)

Oleh:
Suzana Binti Mohd Fauzi, Ummi Salmah Binti Adnan dan Najwa Hayatee Binti Abdullah

1. Pernyataan Masalah
  • Adakah kaedah "Verbal Repeatition" ini dapat meningkatkan keyakinan pelajar bermasalah pendengaran untuk berkomunikasi secara lisan dalam aktiviti P&P?
  • Adakah pelajar bermasalah pendengaran dapat menguasai sebutan istilah perkataan dalam P&P dengan menggunakan kaedah "Verbal Repeatition"?

2. Metodologi, Setting Kajian dan Sampel Kajian
Kajian ini melibatkan 19orang pelajar di SMK Dato' Ibrahim Yaacob di mana kajian ini telah menggunakan Model Lingkaran Kemmis dan Mc Taggart (1988). Ia terdiri daripada perancangan, tindakan dimana memberi penerangan dan perlaksanaan, pemerhatian iaitu dengan menggunakan nota pemerhatian, temubual, diari dan rakaman video dan akhir sekali refleksi iaitu penambahbaikkan hasil daripada analisis data.

3. Pengumpulan dan Penganalisisan Data
Bagi kajian ini, pengumpulan data telah dilakukan dengan menggunakan 4 kaedah iaitu melalui nota pemerhatian, temubual, diari dan rakaman video.

4. Implikasi Kajian
~Kaedah yang digunakan dapat meningkatkan keyakinan dan motivasi pelajar
~Pelajar berpeluang memperbaiki sebutan dan istilah-istilah yang agak sukar
~Guru berjaya membantu pelajar pasif menjadi aktif di dalam kelas

5. Ulasan dan Rumusan
Pada pendapat saya, kajian ini amat berguna kepada guru-guru bagi murid bermasalah pendengaran. Untuk menjadi guru bagi pelajar berkeperluan khas ini memerlukan daya kreativiti dan penglibatan yang tinggi dari pihak guru. Melalui kajian ini, saya dapati guru-guru dapat membantu pelajar bermasalah pendengaran ini menyebut istilah-istilah lisan dengan menggunakan kaedah dan latihan yang berulang-ulang dan kerap. Dengan itu, pelajar-pelajar ini dapat meningkatkan keyakinan dan pencapaian mereka dalam sebutan lisan mereka sekaligus memperbaiki pencapaian mereka dalam berkomunikasi dan bahasa.

~~SENYUM SELALU

Thursday, October 29, 2009

~TUGASAN KELAS~

MENGAPA KAJIAN TINDAKAN PENTING BAGI SEORANG GURU?

Kajian tindakan dalam pendidikan bermaksud guru meneliti, menyelidik dan menkaji secara sistematik ke atas suatu amalan yang bertujuan untuk penambahbaikkan dan perkembangan profesional.

Kepentingan kajian tindakan kepada seorang guru:
  1. Menambah ilmu pengetahuan dan menjadikan seorang guru itu lebih versatile dan kreatif
  2. Mengkaji jurang-jurang dalam sesuatu bidang dan dapat memperbaiki kelemahan dalam P&P
  3. Mereplikasi suatu kajian yang lepas dengan menguji pada situasi atau sampel yang berlainan pula
  4. Meluaskan perspektif dalam ilmu pengetahuan
  5. Dapat menerangkan dan memberitahu kepada orang lain tentang suatu amalan dengan mengembangkan idea baru dan lebih bernas
  6. Mendebatkan suatu polisi atau amalan yang menjadi kebiasaan ramai orang
  7. dapat membina dan mencungkil kemahiran guru dalam melakukan penyelidikan
  8. Untuk merealisasikan tema "pendidikan sepanjang hayat"
  9. Meningkatkan mutu pendidikan selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
  10. Menjadikan guru seorang insan yang peka terhadap persekitarannya
Senyum selalu~~