Tajuk 1:
"Meningkatkan keyakinan pelajar bermasalah pendengaran untuk berkomunikasi secara lisan dengan menggunakan kaedah "verbal repeatition" dalam P&P"

Pada pendapat saya, tajuk ini tidak sesuai dilakukan terhadap pelajar bermasalah pendengaran kerana kebanyakan pelajar ini tidak mampu untuk mengeluarkan suara atau berkomunikasi lisan secara jelas dan mereka lebih banyak menggunakan bahasa isyarat.
Ini kerana, pelajar bermasalah pendengaran menggunakan model pembelajaran secara visual iaitu mereka belajar dari pemerhatian, mengingat gambar, membaca daripada dibacakan (mendengar) atau dengan erti kata lainnya mereka mengingat apa yang dilihat. oleh itu mereka lebih sesuai menggunakan pendekatan gambar, diagram, kod berwarna warni, bahasa gambar, ikon, dan simbol bergambar untuk mewakili konsep kata kunci.
Dengan melihat kepada objektif kajian iaitu untuk meningkatkan keyakinan dan motivasi pelajar bermasalah pendengaran, dan meningkatkan komunikasi dan menjadikan mereka lebih aktif di dalam kelas, saya rasa dan cadangkan terdapat cara lain yang lebih mudah iaitu seperti menggunakan gambar dan peta minda atau simbol bergambar yang diadaptasikan di dalam pembelajaran secara kooperatif serta bimbingan rakan sebaya.
Dengan cara ini, mereka boleh meningkatkan komunikasi dan keyakinan diri dengan bantuan rakan sebaya di dalam kumpulan yang sama. Dengan itu mereka akan lebih mudah faham dan lebih aktif didalam kelas.

Tajuk 2:
"Meningkatkan minat pelajar tingkatan 3 dan 4 dalam pendidikan kesihatan melalui pembeljaran kooperatif"'

Pada pendapat saya, kajian ini sesuai dengan maksud kajian tindakan kerana terdapat aktiviti penambahbaikkan dengan melihat kepada penglibatan pelajar secara aktif dan pertambahan idea yang bernas.
Guru mendapati pelajar lebih berminat untuk belajar pendidikan kesihatan apabila menggunakan kaedah pembelajaran kooperatif. Dengan itu guru dapat membuat refleksi dan penambahbaikkan cara pengajaran dengan menggunakan pendekatan kooperatif di masa akan datang untuk meningkatkan prestasi pelajar.
Kaedah yang digunakan juga memenuhi ciri-ciri kajian tindakan iaitu merancang, bertindak, melakukan pemerhatian bagi menilai keberkesanan kaedah dan refleksi untuk melihat kekuatan dan kelemahan proses P&P dengan melakukan sebanyak 4 kitaran.
senyum selalu~~

No comments:
Post a Comment