Thursday, November 12, 2009

Aktiviti 5

Mengapa Guru Novis Perlu melakukan Kajian Tindakan?

Definisi Guru Novis:

Guru novis ialah guru baru yang terlatih dan mula berkhidmat di antara 1 hingga 3 tahun, dalam tempoh percubaan dan belum disahkan lagi dalam jawatan. Guru Novis juga dipanggil sebagai guru sandaran terlatih (GST), iaitu nama jawatan yang dipegang oleh guru yang telah tamat menjalani latihan keguruan yang telah ditempatkan di sekolah.

Sebab Guru Novis perlu melakukan kajian tindakan:
  1. Guru dapat meningkatkan penggunaan BBM dengan lebih efektif.
  2. Guru dapat mengenalpasti amalan pelajar, cara pembelajaran, sikap pelajar dan suasana kelas.
  3. Guru dapat mengamalkan konsep pembelajaran seumur hidup, membuat penyelidikan pendidikan dan melakukan perubahan dan mengaktifkan penglibatan diri dalam dunia pendidikan.
  4. Guru dapat mengenalpasti kaedah yang berkesan untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).
  5. Guru dapat bertingkahlaku professional mengikut etika perguruan dan membuat refleksi kendiri terhadap prestasi pengajaran

Sebab mengapa kami ingin melakukan tajuk mini kajian tindakan ini:

"kit pembelajaran berasakan bahan maujud dalam pengajaran dan pembelajaran subjek sains, bahasa melayu dan perdagangan" kerana:

  1. Kit pembelajaran berasaskan bahan maujud dalam P&P memudahkan lagi pemahaman pelajar kerana bahan-bahan yang digunakan lebih mesra pelajar dan realistik.
  2. Oleh itu pelajar dapat belajar secara "pembelajaran melalui pengalaman". Ini kerana bahan maujud adalah bahan yang terdapat di sekeliling mereka dan mereka mudah memahami jika bahan itu dijadikan sebagai contoh dalam P & P.
  3. Guru dapat mempelbagaikan teknik pengajaran sekaligus meningkatkan daya kreativiti.
  4. Menimbulkan minat pelajar untuk mendalami subjek yang diajar oleh guru.
  5. Meningkatkan suasana P&P yang efektif dan tidak membosankan.

senyum selalu~~

No comments:

Post a Comment